Sunday, 4 December 2011

LANGKAH-1

ISI BORANG TEMPAHAN
Pastikan borang di isi dengan betul, tepat dan tiada kesalahan ejaan. Kami tidak akan bertanggung jawab sekiranya maklumat yg dicetak adalah di atas kesilapan anda. Sila scan dan emailkan lakaran peta lokasi majlis anda ke dsuryaweddingcard@gmail.com

LANGKAH-2

DEPOSIT PERTAMA - RM50
Sila buat bayaran deposit kepada kami. 
Sila rujuk link di bawah untuk cara pembayaran.

Dalam masa yang sama kami akan menghubungi anda untuk pengesahan tempahan dan invois. Tempahan tanpa deposit tidak akan diproses.



LANGKAH-3

REKABENTUK DRAF / ARTWORK & DESIGN
Kami akan mulakan proses pembikinan artwork apabila langkah di atas telah selesai diikuti. Tempoh pembikinan adalan 3-7 hari berkerja. Rekabentuk yang telah siap akan diemailkan kepada anda untuk pengesahan.



LANGKAH-4

PEMBETULAN
Sila semak dengan teliti (isi kandungan + peta) kad kahwin anda. Sila emailkan semula atau hubungi kami jika terdapat pembetulan yang ingin dibuat. Sila sahkan sehingga tiada lagi sebarang pembetulan perlu dibuat.



LANGKAH-5

PENTING ! : DEPOSIT KEDUA - 50% 
Sila buat bayaran deposit 50% dari jumlah bersih tempahan anda.
Sila fax atau sahkan pembayaran anda di sini.
Sila nyatakan sekali nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.

NOTA : KAD ANDA TIDAK AKAN DIPROSES CETAK SELAGI DEPOSIT 50% TIDAK DIBUAT. SILA BUAT PEMBAYARAN DENGAN SEGERA BAGI MENGELAKKAN KAD LEWAT DITERIMA.




LANGKAH-6

PROSES MENCETAK 
Proses mencetak akan di buat apabila draf telah dipersetujui dan deposit 50% dibayar. Tempoh proses cetakan adalah diantara 7-14 hari berkerja bergantung kepada musim kahwin dan kerumitan kad kahwin anda.



LANGKAH-7

KAD SIAP
Kami akan menghubungi anda apabila kad anda telah siap sedia untuk diambil atau anda juga boleh menghubungi kami selepas 7 hari bekerja untuk mengetahui status kad anda.




Sila nyatakan nama pasangan dan nombor invois bagi mengelakkan kekeliruan.


LANGKAH-9

PENGHANTARAN
Penghantaran adalah tertakluk pada tempat dan keadaan. Sekiranya anda berada diluar kawasan Melaka, perkhidmatan courier SKYNET akan digunakan dan kos penghantaran akan ditanggung oleh pembeli. Harga akan diberitahu kelak mengikut berat kad. Penghantaran ke Sabah dan Sarawak akan mengambil masa 2-7 hari, sila buat tempahan lebih awal supaya masalah kelewatan tidak berlaku.

Sila rujuk http://www.courierworld.com/skynet/tools.htm untuk tarif kos penghantaran. Sila pilih service code : PARCEL 

  

1 comment:

  1. Boleh email saya untuk kad 3 fold.. Dimana ya kedainya? Saya di merlimau.

    ReplyDelete